Selamat datang ke laman web bajusublimationjersey.com. Perniagaan kami berdaftar dengan SSM (001883370-P) atas nama FAC Enterprise pada tahun 2009. FAC Enterprise turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan (357-02191794) dan operasi perniagaan dijalankan sepenuhnya oleh bumiputera.
Kami menawarkan servis percetakan untuk pakaian berasaskan sublimation. Percetakan sublimation sesuai untuk pakaian seperti t-shirt atau jersi yang corak atau design penuh berwarna-warni. Kami turut menerima tempahan untuk kuantiti sehelai sahaja. Antara jenis kain yang kami tawarkan adalah microfibre eyelet atau microfibre interlock.
Kami juga turut menerima tempahan untuk percetakan ke atas kain untuk produk seperti tudung, bendera dan lain-lain. Kilang kami terletak di Ampang mempunyai kelengkapan mesin yang mencukupi dari mesin pencetak sublimation hingga ke mesin jahit. Oleh itu kami bersedia menerima tempahan berdasarkan rekaan custom made dari pelanggan.